Saturday, September 27, 2014

Jalan-jalan, Makan-makan di KOTA KINABALU








Assalamualaikum... 

Saya mulakan post kali ini dengan memperlihatkan keindahan  sang mentari perlahan membenamkan diri kedasar laut...inilah kecantikan alam yang dapat kita nikmati disini...dipantai Tanjung Aru, kira-kira 6 km dari Bandaraya Kota Kinabalu.
Syukur Alhamdulillah dapat melihatnya disini..tanpa perlu ke Bali untuk fenomena yang indah ini...



Lihatlah.....indahnya alam..bak lukisan...


Jadi, kepada anda yang datang Ke Kota Kinabalu..jangan lepaskan peluang ini.. datanglah kepantai ini..dan saksikanlah...
ianya memang benar-benar cantik...
ternyata alam tidak pernah berdusta!

Ketika saya kesini hari tu..kelihatan beberapa buah bas yang membawa pelancong Korea dan juga dari negara-negara lain datang kesini..semata-mata menunggu Sunset...
Kita boleh lihat mereka masing-masing dengan kamera pelbagai..paling cikai pun kamera handphone (sama dengan aku, guna kamera h.phone saja).
Yang penting bagi pelancung ni pemandangan indah itu terakam dan dibawa balik kenegara masing-masing.... Jadi kita yang berada disini amat bersyukur kerana tak perlu beli tiket kapalterbang untuk melihatnya...

Datang ke Sabah...sudah mencakupi pakej pelancongan alam semulajadi yang ada...Pantai, lautan..pulau-pulau yang cantik hanya beberapa kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu... Gunung Kinabalu di Kundasang tak sampai 2jam driving, kita akan berada dikakinya...
Kepada yang suka  aktiviti mencabar..cubalah pula White water rafting di Sungai Padas di Beaufort...dan bermacam-macam lagi aktiviti lasak yang lain.

Kalau nak shopping barangan tempatan...cubalah usha kat Gaya Street yang diadakan setiap hari ahad..
Kalau tak cukup juga lagi, ada beberapa shopping mall pun sudah tumbuh bagai cendawan..jadi petik2lah cendawan yang ada tu kalau banyak fulusnya...
Pada anda yang suka kan mutiara.. pegilah ke Pasar Mutiara...di pusat bandar.
Berbagai pilihan mutiara ada, yang boleh buat kita rambang mata.


Namun kepada yang ayu dan berjiwa sentimental, ( macam saya...yak!) 
pi sajalah pantai Tg Aru..melayan jiwa....hehe
Sambil melayan jiwa...boleh melayan selera...
banyak gerai2 makan dan juga restoran disediakan berhampiran...

Kalau tiada aral...dikeluaran lain..akan saya tuliskan tempat yang menarik untuk dikunjungi di Kota Kinabalu...
jalan-jalan makan kami ni...pi restoran yang ada dipersekitaran ja...
OK ka atau tak ok..masing2 punya rasa dan pendapat...
Ada banyak tempat lagi yang belum sempat dikunjungi walaupun menetap di KK.. 
Ya lah..takkan makan kat luar selalu..kannn..
tak berasaplah dapur kami...hihi..

Berbalik ke pantai Tg. Aru..
Saya secara peribadi sangat suka gerai jeruk buah-buahan yang ada... kebanyakan buah yang dijeruk ni..bukanlah dijeruk sampai merubah rasa kesegarannya...kadang baru dipotong..rendam dalam air jerukan yang tipis sangat rasa gula atau asam jeruk tu...so kita makan buah yang segar juga..
Tapi kalau nak makan buah yang benar-benar dijeruk pun ada...

Jambu batu segar dan dijeruk...campur asam boi..di kk, bilang amoi...
pelbagai jenis mangga,
jambu air yang memang jambu!
jeruk papaya muda...
nanas dan jeruk kedondong muda ...eemmmm
murah semuanya.. dengan harga serendah rm1, sudah boleh 'mententeramkan' kecur liur anda...





Pelbagai jeruk buah yang dijual..





Kacang tanah dan jagung rebus pun ada...lemak manis dan berkrim...hehehe
boleh makan sambil melihat matahari terbenam...




Post saya kali ni adalah beberapa tempat lepakKan, lepak dan makan yang saya pergi baru-baru ni....
Seperti juga negeri lain...memang banyak tempat yang boleh kita pergi untuk memenuhi keinginan selera masing-masing...
tapi biasalah, berada ditempat sendiri..bukan pun nak explore sangat..lain lah kalau pegi pula Pulau Pinang contohnya, apatah lagi Kuala Lumpur dan tempat yang berhampirannya...beria-ia lah cari dan cari tempat makan baru... (so, En Suami.. next.. satay tulang di semenyih..ok?)

Apa yang saya tulis disini adalah tempat yang saya pergi baru-baru ni di Kota Kinabalu....
 kalau yang lain tu..tunggu lagi tulisan seterusnya yang ntah bila...hehe

Mungkin anda pernah dengar Lokan bakar, kelapa bakar dan puding kelapa?

Gerai-gerainya terletak di Salut, jalan Sulaman, Tuaran
dah bertahun wujudnya...hanya baru ni saya berkesempatan kesana...
 Maka disuatu petang yang damai kami menyusuri Jalan Damai, hanya dalam 30minit driving dari rumah di Sri Gaya... sepatutnya 30minit!
Tetapi 1jam tak sampai lagi tempat yang nak dituju, kaki gatal tangan gatal pula ketika memegang stereng kereta jalan terus ke Karambunai resort...saja ja nak meninjau-ninjau... memenuhi hari OFF DAY dengan menyusuri jalan lengang dan tenang yang cantik dihias bungaan...macam kat Korea lah pulok.
Siapa bilang negara kita tidak cantik??





Akhirnya kami sampai juga ke Salut kat Jalan Tuaran.....
Deretan gerai-gerai pondok kayu tepi jalan.. kelihatan tidak rapi kerana empunya gerai membinanya mengikut "keupayaan" masing-masing...yang mampu membinanya lebih besar dan cantik, yang tak mampu..sekadar seadanya...
Aahhh.... dah sampai kesini...nda sempat lagi mau fikir yang lain-lain.. selain kepala otak sudah membayangkan lokan bakar....

kena park kereta dulu...berhati-hati...kerana tiada tempat khas untuk parking. Pandai-pandailah menyisipkan kereta dicelahan kereta yang lain ditepian jalan tu. Gerai-gerai ni saling berhadapan...so klau nak menyeberang, awasi anak-anak anda. Ada pemandu yang tak reti memperlahankan kenderaan ditempat yang sebegini...




Gerai-gerai ni kesemuanya menjual hampir makanan yang sama.. lokan bakar, kelapa bakar dan puding kelapa...namun ada juga menyediakan makanan lain, seperti nasi goreng,mee goreng dll.. gerai mana yang sedap?
Ntah lah...saya pun pertama kali kesini... tapi petunjuk yang paling baik...yang mana gerai, ramai pengunjung...besar kemungkinan lebih sedap. Tapi kalau setakat nak makan lokan bakar, kelapa muda, kelapa bakar dan puding kelapa...semua gerai sama saja rasanya...







 Lokan-lokan itu dijual bertompok begini... kalau tak silap, yang besar2 tu dijual rm12 setompok...ada yang rm10...rm7..rm5
mengikut size lokan.. 
Saya ambil yang paling besar setompok dan setompok lagi yang sederhana besarnya.. kami juga order puding kelapa.. puding dibuat dari kelapa dan air kelapa..lalu dibubuh dalam buah kelapa muda dan disejukkan..jadi bila kita makan puding tu..bolehlah sudu sekali isi kelapa muda tu.... Memang SEDAP!!  (post ni ditaip tengah malam...tapi teringat2 dengan kesegaran dan kesedapan puding tu)
Yang paling ngam lah makan puding ni masa cuaca panas
..sejuuuukkkk ja masuk dlam tekak)



Disamping tu...keropok2 pun ada dijual...sambil tunggu lokan tu dibakar bolehlah krok krok dimulut terlebih dahulu.. exercise mulut..hehe



Puding kelapa ni memang sedap!



Lokan pun dah sampai..ianya dimakan bersama cecah lada yang disediakan... kalau diperbaiki lagi cicah lada tu lagi lah terangkat!
oh ya...lokan yang sederhana sizenya dan yang kecil sedikit, rasanya lebih baik dan manis...makan lokan yang bersize besar agak kenyal sedikit dan tawar..


Saya tak berani makan sangat lokan tu.. faham2lah..diusia matang ini kolesterol jahat mengintai2 untuk menyingkir kolesterol yang baik....jadi berpada-pada lah...
kami tak makan kelapa bakar, kerana tujuan hanya untuk lokan dan puding tu...
dan balik tu tapau lagi puding dalam bekas-bekas kecil yang ada dijual disitu...


Balik petang tu melalui Jalan Sulaman.. limpas disebelah One Borneo..cahaya jingga mentari mencelah warna biru melukis langit petang.. cantiknya.....



Seterusnya.... (dihari lain)
Gerai makan Dataran Todak, dipusat bandar KK


Gerai-gerai makan dataran Todak ni terletak bersebelahan pasar besar basah Kota Kinabalu dikanannya dan anjung Todak tu dikirinya...berhadapan Hyatt Hotel


Sampai kesini pilihlah makanan laut yang segar...ikan, ketam, sotong dll.
pilih ikan atau ketam atau sotong dan mintalah mereka masak seperti apa yg kita nak... 
Pilih juga sayur apa yang ada untuk menambah hidangan...
makan malam ni boleh berpeluh-peluh ni..
bukan saja kerana panas makanan yang baru dimasak ni..tetapi ianya ditepi laut masa tu tak berangin..duduk beratap kanvas.. kerusi meja rapat2 dgn jiran kita..orang pula ramai.. fuhh berasap!







Seperti biasa kami anak beranak memang suka makan butter prawn... murah aja ni dalam RM25. yang lain-lain dah tak ingat harga...



Ikan bakar..sudah kemestian...




Kailan masak soya sos...





Ops! Tinggal kulit...
Ketam bunga paling ramai peminat.. nda sempat ambi gambar..




Ini sotong goreng salut tepung... kerana sotong tu besar...dorang potong memanjang cam tu..





Ada cicah lada sambal belacan...juga cicah asam cuka....emmm





Anyone...kailan masak merah?
 Adakah?




Macamana lah rasanya kailan masak merah tu kan?? Kami tak rasa pun selepas tu kerana kuah merah tu adalah air sirap yang tertumpah oleh Rafeef....haha.. 
Hai...kanak-kanak..



Restoran Sedap Jalan Lintas, restoran HALAL masakan chinese style


Ini gambar restoran tu dari luar...nama restoran ni Restoran Sedap. Sedap tak sedap kita makan dulu.
gambar kat bawah pula...keadaan dalam restoran tersebut


Rafeef tengah tunggu makanan...



Makanan sampai...butter prawn mesti ada!
Dan..dan...yang paling saya suka YAM BASKET.... ayam tumis ngan sayuran dicampur lada merah..lada benggala..dan rempah rahsia.. ntah apa...and then bila dah masak tuang kat mangkuk yang dibuat dari ubi keladi atau yam yang sudah di goreng. Saya memang suka ni... tengok yam nya ada rupa mangkuk kan? Walau namanya Yam Basket...





Yang kat bawah ni kerabu mangga ayam... juga sedap.




Tumis belacan batang sayur manis..



Restoran Thien Thien (HALAL)
Jalan Pantai, Kota Kinabalu.
Berhampiran Horizon Hotel dan 2 minit ke tamu mingguan Gaya Street.
restoran ni pada masa tengah hari pegi hari tu penuh juga tempat ni...


Yang ini YAM RING..(macam kureng yam nya...maka kurenglah rasanya)
Ada sebuah lagi Restoran Thien Thien ni kat Putatan..kat situ makan hari tu Yam Ring nya SEDAP pula...








Restoran SINARIO CAFE 2, Alam Mesra Kota Kinabalu.
 Terletak berhadapan dan seberang jalan 1Borneo...



Crab soup..

Crab soup...terlampau pekat lah cik, dah macam puding...  lain kali, cairkan sikit ya..



Ceaser Salad...makanan ku....berdiet kononnya...tapi dressing salad ni melimpah ruah....




Lamb chop....ichie order ni... katanya..liat sedikit...ntahlah saya tak mkn ni..



Chicken cheese.... ayam yang digoreng dah tu bubuh cheese kat atas..


Ha...yang kat bawah ni...saya puji memang SEDAP...meehoon tomyam campur...








Spagheti....aduiii Luluth punya order-an.. haha saya tak tahu rasanya bagaimana..tapi lihatlah gaya Luluth menikmati makanan kegemarannya....



Sedap Luth?.....




Ni sorang lagi....Rafeef nak juga ni..bandung special ..




Dihari lain...kadang singgah disini... Natural kitchen Shabu Shabu, Lower Ground Floor kat Suria Shopping Mall KK... 
Steam boat style...hihi
Menyediakan berbagai pilihan sup..mushroom.. chicken sup...tom yam dan bermacam-macam sup lgi.... sup2 ni rasa tawar (kan ker nak sihat katanya...)

Disediakan bermacam cicah dan sambal yang boleh kita campur sendiri kedalam kuah sup kalau nak..






Gambar terakhir untuk post ni....lain kali kita makan-makan kat tempat lain pula...insya Allah


Bulan Ramadhan hari tu..beberapa kali juga kesini....berbuka kat Gaya Hotel, Jalan Tun Fuad Stephen, Kota kinabalu.. ditingkat 4 bangunan ni,
 kami memilih ruang terbuka menghadap pulau Gaya...sambil melihat mentari terbenam... kelihatan juga kapal terbang...perlahan menurun untuk landing...
lautan, pulau, awan dan kapalterbang...
tidakkah cantik pemandangan ini???



14 comments:

  1. Sedap bah tu.. aii.. xsabar rasanya nak pg kk.. sy dlu blajar di UMS.. kenangan tinggal di kk xkan sy lupa sampai bila2..

    ReplyDelete
  2. salam si Peanutdear...waahhh kalau dah pernah tinggal kat kk.. bnyk dah tahu tu mcm2 ada kat kk ni....
    datanglah bercuti...beza tu... dtg masa belajar dgn cuti2 malaysia

    ReplyDelete
  3. Setelah melancong ke semua negeri di malaysia diakui sabah adalah negeri terbaik untuk dikunjungi.. Semuanya ada di bawah Satu Bumbung...best of the best..kundasang and sipadan

    ReplyDelete
  4. Setelah melancong ke semua negeri di malaysia diakui sabah adalah negeri terbaik untuk dikunjungi.. Semuanya ada di bawah Satu Bumbung...best of the best..kundasang and sipadan

    ReplyDelete
  5. Betul tu En.Hemlin.... TQ for reading my blog

    ReplyDelete
  6. hi.. datang sini seb nak buat iti utk jaln2 sabah.. thank u sb share. nak tanya kalau dr kk nk ke kundasang, kt mana boleh singgah lunch. flght saya in sya allah touched down pukul 3.30 ptg. plan nk terus shoot ke kundasang tp nk singgah makn dulu

    ReplyDelete
  7. sis norsalihah....banyak juga restoran kat pekan Kundasang tu... tapi saya pun tak tahu yg mana best...sebab kami kalau gi kundasang stay kat homestay yang menyediakan kemudahan tempat masak dan BBQ.. so stay ramai2...adik beradik..anak2 buah dan buat acara mkn2 dikedinginan malam... SERONOK!

    ReplyDelete
  8. natural kitchen shabu shabu tu ada display logo halal dari jakim tak..? Thank you.

    ReplyDelete
  9. Ya sis mija, ada logo HALAL kat luar pintu seblum masuk tu

    ReplyDelete
  10. jika otw ke kundasang...singgah D'Bulan Restoran di Taman Putera Jaya, Telipok, jalan Tuaran.menyajikan masakan kelantan dan thai....

    ReplyDelete
  11. jika otw ke kundasang...singgah D'Bulan Restoran di Taman Putera Jaya, Telipok, jalan Tuaran.menyajikan masakan kelantan dan thai....

    ReplyDelete
  12. Salam Puan Reen. Maklumat yang berguna untuk saya yang akan ke Kota Kinabalu. Terima kasih. KIPIDAD

    ReplyDelete
  13. Jagung maniss tu d jual d area tjung aruu jgk?

    ReplyDelete

  14. Assalamualaikum...

    Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah

    1. Viva RM90
    2. Myvi RM120
    3 Saga RM120
    4. Alza RM140
    5. Exora RM150
    6. Avanza RM170
    7. Vios RM180
    8. Urvan RM230

    Homestay RM100.00 semalam

    Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
    0129600702 (Whatsapp)

    ReplyDelete